Poskod di Jerman
Poskod di Jerman

Poskod di Jerman

Negara Jerman mula menggunakan poskod pada 25 Julai 1941, dengan sistem dua angka yang awalnya digunakan hanya untuk menghantar bungkusan tetapi kemudian diluaskan untuk semua jenis penghantaran. Sistem ini digantikan pada tahun 1962 di Jerman Barat dengan sistem empat angka; tiga tahun kemudian, Jerman Timur melaksanakannya dengan sistem empat angka yang tersendiri. Sebelum bersatu, Republik Persekutuan (Barat) meninggalkan beberapa julat nombor dalam sistem pos mereka—dengan harapan Republik Demokratik (Timur) akan bersatu semula nanti—dengan tidak menggunakan kod-kod yang bermula dengan '1' (kecuali 1000 untuk Berlin Barat) dan '9'. Sementara itu, Republik Demokratik Jerman menggunakan sistem kod yang bermula dari '1' hingga '9', khas untuk Jerman Timur.Hari ini, poskod Jerman terdiri daripada lima angka sejak 1993. Antara tahun 1990 dan 1993, kod-kod empat angka di barat ditulis dengan huruf "W" (untuk "West", "barat" dalam bahasa Jerman), dan di timur dengan huruf "O" (untuk "Ost", "timur"). Sistem barat mengekhaskan beberapa julat nombor untuk apabila Jerman Timur dan Barat mungkin bersatu semula. Walaupun begitu, pada tahun 1990-an sistem baru dibuat. Pekan-pekan dan bandar yang lebih besar dibahagikan kepada kawasan poskod yang berasingan (sistem lama membubuh nombor lagi dengan tidak konsisten selepas nama-nama bandar), dan syarikat-syarikat yang menerima banyak pos boleh diberikan kod khas sendiri. Dengan sistem ini, saiz bandar tidak boleh lagi diagak dengan berapa banyak sifar yang terdapat dalam poskodnya (seperti 2000 untuk Hamburg atau 8000 untuk Munich).Peti-peti pejabat pos disusun mengikut rak secara berkumpulan. Setiap rak diberikan poskod yang tersendiri.Sistem 1993 membahagikan Jerman pada dua tahap zon geografi. Tahap pertama (Postleitzonen) membahagikan mengikut wilayah dan tahap kedua (Postleitregion) adalah untuk kawasan khas di dalam wilayah tersebut, contohnya, 1 bermaksud Jerman Timur Laut, dan 10 ialah kawasan yang khusus di pusat Berlin.Pada 31 Disember 2007, zon-zon mempunyai keluasan dan populasi berikut:Terdapat tiga negeri (Sachsen, Saarland dan Schleswig-Holstein), selain negeri-negeri kota (Berlin, Bremen dan Hamburg), yang semuanya terletak dalam satu zon poskod, manakala tiga negeri (Sachsen Hilir, Saxony-Anhalt dan Baden-Württemberg) meliputi empat zon poskod.

Berkaitan